Amalan Sunat Bulan Ramadhan

No automatic alt text available.

AMALAN SUNAT BULAN RAMADHAN


  • Menyegerakan berbuka jika telah yakin matahari telah terbenam. Berbeza j😍ika dia hanya merasa syak, maka wajib ke atasnya berjaga-jaga dan melewatkan berbuka.


  • Bersahur walaupun dengan seteguk air, walaupun telah kenyang
  • Waktu sahur bermula dari tengah malam
  • Hikmahnya adalah untuk menguatkan badan dan menyalahi perbuatan ahli kitab yang tidak bersahur.

  • Melambatkan bersahur tetapi tidak terlalu lambat.
  • Dan disunatkan imsak (menahan diri) dari memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat (lebih kurang 15 minit) sebelum terbit fajar.


  • Berbuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil. Jika tiada, maka dengan busr (kurma segar). Jika tiada, maka dengan tamr (kurma kering) . Jika tiada, maka dengan air zam. Jika tiada, maka dengan makanan manis (tidak disentuh api) seperti madu dan kismis . Jika tiada, maka dengan masakan manis (disentuh api) seperti kuih-muih.


  • Membaca doa berikut :


(اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.
الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ)
Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.

Ertinya : “Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.

Comments

Popular posts from this blog

Miracle Henna Hair Mask

DOA PENYERI WAJAH

Miracle Henna Hair Treatment