Penyakit Misteri ??
TRICHOTILLOMANIA ? PENYAKIT MISTERI YANG ADA DALAM ANTARA KITA SEDANG ALAMI !
Trichotillomania ni boleh didefinisikan sebagai sejenis gangguan yang menyebabkan orang mencabut rambut, tapi tak semestinya rambut yang di atas kepala tu sahaja. Antara jenis rambut (atau bulu) yang selalu dikaitkan dengan kes trichotillomania ialah kening. Fenomena mencabut kening ni boleh dilihat dalam cerita "The Internship".
Selain daripada rambut dan bulu kening, tak ketinggalan juga dalam senarai ialah bulu hidung, bulu tangan, bulu kaki, bulu kemaluan dan juga bulu mata. AUUUCHHH !
Adalah penting untuk kita mengetahui kategori umur pesakit TTM untuk menentukan sama ada betul ia mengalami TTM atau hanya sekadar fenomena biasa.
• Mean umur untuk pesakit TTM ialah antara 9 -13 tahun.
• Untuk kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, penarikan rambut adalah biasa.
• TTM pada kanak-kanak pra-sekolah pula, penarikan rambut kebiasaannya berlaku semasa tidur
• Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak pra-sekolahyang menarik rambut akan mengalami TTM apabila umur mereka meningkat. Jangan risau, anak anda selamat. Lagipun, TTM adalah agak jarang dikesan di mana prevalennya hanyalah dari 0.6% sehingga 4% sahaja
(Tay, Levy, &Metry, 2004)
• Untuk kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, penarikan rambut adalah biasa.
• TTM pada kanak-kanak pra-sekolah pula, penarikan rambut kebiasaannya berlaku semasa tidur
• Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak pra-sekolahyang menarik rambut akan mengalami TTM apabila umur mereka meningkat. Jangan risau, anak anda selamat. Lagipun, TTM adalah agak jarang dikesan di mana prevalennya hanyalah dari 0.6% sehingga 4% sahaja
(Tay, Levy, &Metry, 2004)
Orang yang menderita gangguan ini akan menarik rambutnya sendiri hingga tercabut daripada kulit kepala dan akan berlanjutan sehingga kulit kepalanya terluka dan menjadi botak. Mereka tidak pernah puas mencabut helaian rambut sehingga kadang-kadang melakukannya sehingga berjam-jam lamanya.
Trichotillomania adalah gangguan mental yang melibatkan dorongan tidak mampu menahan untuk menarik rambut. Ia merupakan jenis gangguan kawalan impuls. Gangguan kawalan impuls adalah penyakit mental yang melibatkan kegagalan berulang untuk melawan impuls atau mendesak untuk bertindak dengan cara yang merbahaya. Orang yang mengalami gangguan ini tahu mereka bertindak mengikut dorongan tetapi, gagal menghentikannya.
Trichotillomania sering terjadi kepada golongan wanita. Mereka tidak dapat mengendalikan atau menahan keinginan untuk mencabut rambut. Gejala yang mungkin terjadi dengan gangguan Trichotillomania ini;
- Perasaan terganggu dan rasa tegang sebelum menncabut rambut terutama ketika menahan keinginan untuk mencabut keluar rambut.
- Timbul rasa lega atau puas selepas mencabut rambut walaupun melihat berterabur helaian rambut di atas lantai.
- Muncul reaksi lain seperti memeriksa akar rambut, memusing-musing rambut, menarik rambut antara gigi, mengunyah rambut atau memakan rambut (dipanggil trichophagia).
- Cuba menyangkal mempunyai masalah ini dengan menyembunyikan kebotakan rambut dengan memakai topi, selendang dan rambut palsu.
RAWATAN:
Gangguan trichotillomania masih terbatas rawatannya. Namun, biasanya pesakit akan melalui rawatan psikoterapi. Jenis terapi ini membantu belajar bagaimana mengenali situasi kecenderungan mencabut rambut dan mengganti tabiat lain. Kadang-kadang terapi lain turut ditambah seperti terapi kognitif, penerimaan dan terapi komitmen. Teknik ini mengajar pesakit berehat sebagai cara mengurangi beberapa ketegangan yang berhubung dengan dorongan tersebut.
Sumber: Psikologi Cikgu Asfan, KarangKraf
Sumber: Psikologi Cikgu Asfan, KarangKraf
Di Dhiya Ammani Spa, kami menawarkan rawatan “MIRACLE HENNA HAIR TREATMENT” yang menggunakan bahan 100% Organik, mampu merawat masalah rambut anda yang berkesan. Penggunaan inai asli yang diimport khas dari Kerala, India adalah salah satu bahan semulajadi yang bertujuan untuk mempercepat peetumbuhan anak rambut. Sudah banyak pelanggan yang bermasalah dengan rambut dan kulit kepala berpuas hati dengan rawatan ini, dan sudah pasti terbukti berkesan.
Oh ye! Sekiranya anda berminat mendapatkan rawatan di Dhiya Ammani Spa, anda klik je link kat bawah ni untuk direct terus ke WhatsApp kami tanpa perlu save nombor
Comments
Post a Comment