Apa Itu Psoriasis?

"INI ARTIKEL UNTUK ORANG YANG ADA MASALAH KULIT KEPALA "

PSORIASIS merupakan penyakit kulit yang selalunya bermula dibahagian kepala. Sebahagian kulit kepala akan menjadi tebal dan menghasilkan keruping berwarna putih. Apabila keruping itu tercabut, ia akan mendedahkan kulit yang berwarna kemerah-merahan.
Penyakit ini selalunya berlaku pada bahagian kulit kepala, siku, lutut dan bahagian belakang badan. Ia juga boleh menyebabkan keradangan sendi dan sebanyak 30% pesakit ini akan menghadapi masalah sendi.

Ia bukan penyakit berjangkit. Tetapi ia cenderung untuk mempunyai serangan yang turun dan naik bergantung kepada punca pada ketika itu seperti faktor persekitaran termasuk tekanan hidup dan juga jangkitan kuman. Ia boleh mengganggu kualiti hidup dan pesakit yang mempunyai masalah ini mungkin boleh menghadapi stress yang tinggi.
Terdapat beberapa jenis psoriasis. Ianya adalah
• Psoriasis guttate
• Psoriasis kuku
• Psoriasis Pustular
• Psoriasis sendi
• Parapsoriasis

Separuh daripada dua pertiga daripada pesakit menghidap psoriasis mengalami penyakit psoriasis kulit kepala. Psoriasis kulit kepala ini mungkin menyerang keseluruhan kulit kepala atau menjejaskan bahagian tertentu di kepala.

Seseorang yang menghidap psoriasis menunjukkan tanda-tanda seperti beberapa tompok kemerah-merahan serta bersisik putih berwarna perak selain mempunyai kulit kepala yang mengelupas persis kelemumur.

Jika keadaan ini dibiarkan lama tanpa rawatan, kemungkinan ia merebak ke bahagian dahi, leher atau di belakang telinga adalah tinggi.

Di Malaysia sahaja, ia menyerang 1% - 2% daripada jumlah populasi rakyat negara ini.Begitupun, pengamal perubatan masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar psoriasis kulit kepala, tetapi ia dikaitkan dengan genetik. Ia juga boleh berlaku kerana perubahan musim, kecederaan pada kulit, stres, alahan pada sesetengah ubat, alkohol dan tabiat merokok.

Walaupun ia tidak berjangkit, ia cukup membuatkan seseorang itu terganggu dengan simptom-simptom seperti pengelupasan berlebihan yang sering disalah anggap sebagai kelemumur teruk oleh sesetengah pesakit.Pada masa yang sama, ia menyebabkan kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan seseorang itu berasa malu seterusnya mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami psoriasis kulit kepala lebih gemar bersendirian yang akhirnya menyebabkan kemurungan. Lebih teruk, sesetengah pesakit psoriasis mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
Psoriasis kulit kepala merupakan penyakit kronik tetapi ia boleh dirawat dengan rawatan perubatan efektif.

Namun begitu, banyak salah tanggapan tentang penyakit ini hinggakan ramai pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana menganggap ia kelemumur biasa.
Sumber: KosmoOnline, The Diagnosa

Jangan risau, Miracle Henna Hair Treatment by Dhiya Ammani Spa ni boleh bantu customer yang ada masalah rambut dan kulit kepala, cepat klik link


Image may contain: one or more people and text

Comments

Popular posts from this blog

Miracle Henna Hair Mask

DOA PENYERI WAJAH

Miracle Henna Hair Treatment