Fakta Pelik Tentang Rambut Manusia

[3 FAKTA PELIK TENTANG RAMBUT]

Image may contain: 1 person, text

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom tengok 3 jenis fakta pelik tentang rambut manusia yang ramai mungkin tak tahu.
  • Rambut boleh membersihkan tumpahan minyak pada air.
Ketika tumpahan minyak Cosco Busan terjadi pada tahun 2007 di Teluk San Francisco, sekumpulan relawan menggunakan tikar yang diperbuat daripada rambut manusia untuk membersihkan pantai. Hal ini tidak menghairankan kerana rambut boleh menyerap minyak dan air, serta boleh menyerap seperti span.

  • Asid amino rambut manusia boleh digunakan dalam industri kicap
Internet Journal of Toxicology melaporkan Hongshuai Soy Sauce iaitu perusahaan kicap di China memasarkan produk yang menggunakan bioteknologi terbaru dengan harga lebih murah. So produk mereka menjadi femes. Ye la sapa tak mau beli benda yang murah kan? Walau bagaimanapun, siasatan media mengatakan perusahaan tersebut tidak menggunakan asid amino yang berasal dari gandum, tetapi asid amino berasal dari rambut manusia, yang dikumpulkan dari salon dan kedai potong rambut. Ish gelinya !
  • Orang berambut merah dianggap alien
Ada sebuah teori konspirasi yang menyatakan orang berambut merah adalah alien-manusia hibrida. Ini memang kedengaran gila, tapi orang yang memiliki rambut merah memang memiliki perbezaan struktur secara biologi. Doktor dikatakan perlu membuat persiapan khusus untuk menjalankan proses bersalin bagi wanita berambut merah. Hal ini karana darah dari wanita berambut merah lebih sukar membeku, sehingga boleh mengalami pendarahan dalam jangka masa agak lama. Selain itu, orang berambut merah memiliki jumlah rambut paling sedikit, sekitar 90 000 helai, dibandingkan dengan rambut perang atau coklat yang mencapai 140 000 helai.


Comments

Popular posts from this blog

Miracle Henna Hair Mask

DOA PENYERI WAJAH

Miracle Henna Hair Treatment