Kenapa Rambut Mudah Berbau?

MASALAH RAMBUT BERBAU WALAUPUN DAH BASUH SETIAP HARI. NI PENYEBAB UTAMA RAMBUT MUDAH BERBAU !!

Masalah rambut berbau kerap dialami oleh ramai wanita, terutama mereka yang memakai tudung. Memandangkan rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita, jadi anda harus menjaga keindahan rambut agar sentiasa berbau wangi. Jangan biarkan orang-orang di sekeliling anda mencium bau masam, kepam atau hapak daripada rambut anda!

Apa yang membuatkan rambut dan kulit kepala berbau? Masalah rambut berbau boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan masalah ini disebut sebagai ‘Smelly Hair Syndrome’(SHS) atau Sindrom Rambut Berbau.Kadang-kadang bau yang ditimbulkan memang kuat, sehingga mereka yang berada di persekitaran boleh terbau.

Bau busuk rambut boleh berpindah ke tuala atau ke bantal yang kita guna setiap hari. Rambut yang berminyak dikatakan lebih melekat bau yang terhasil daripda pencemaran persekitaran seperti bau asap, aroma masakan yang kuat dan sebagainya.

PENYEBAB RAMBUT BERBAU

1. Berpeluh
Jika anda seorang yang kuat berpeluh, anda cenderung memiliki rambut berbau. Ini adalah kerana peluh yang berkumpul di kepala dan rambut anda, terutama jika anda suka mengikatnya akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan membangkitkan bau yang tidak sedap.

2. Rambut Basah
Disebabkan terlewat bangun, tetapi anda sudah merancang untuk mencuci rambut. Anda tetap mencucinya dan terus mengikat rambut tersebut dalam keadaan basah tanpa mengeringkannya terlebih dahulu kerana anda sudah terlambat. Sama ada anda memakai tudung ataupun tidak, keadaan rambut yang tidak kering akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Tidak Disyampu & Salah Syampu
Ramai yang kurang menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan rambut. Ketika rambut tidak diberishkan, kotoran dan peluh yang terkumpul akan menimbulkan bau yang tidak sedap. Sewaktu anda membersihkan kulit kepala dan rambut, pastikan ia dicuci dengan bersih. Jangan tinggalkan kesan-kesan syampu ataupun perapi kerana ia bukan sahaja menyebabkan bau, bahkan mengundang kedatangan kelemumur serta rambut gugur. Selain itu pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.

MIRACLE HENNA HAIR TREATMENT MAMPU HILANGKAN MASALAH RAMBUT BERBAU ANDA. RAWATAN TERBUKTI BERKESAN UNTUK RAWATAN YANG MENGGUNAKAN 100% BAHAN ORGANIK
Sekiranya anda berminat mendapatkan rawatan di Dhiya Ammani Spa, anda klik je link kat bawah ni untuk direct terus ke WhatsApp kami tanpa perlu save nombor

TREATMENT DI SPA
HOMECARE SET

Image may contain: 1 person, text and closeup

Comments

Popular posts from this blog

Miracle Henna Hair Mask

DOA PENYERI WAJAH

Miracle Henna Hair Treatment