Baby Dah Besar, Rambut Tak Berhenti Lagi Gugur !
RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN ! TOLONG BACA SEKEJAP !
Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur.
Apa yang anda perlu ketahui:
- Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
- Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
- Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
- Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
- Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
- Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
CARA MERAWAT :
- Potong rambut biar pendek
- Teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya
- Meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda
- Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah
- Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
Hubungi Dhiya Ammani Spa untuk booking Miracle Henna Hair Treatment, pastinya akan merawat masalah rambut gugur ibu yang lepas bersalin.
Sumber: Postpartum Hair Loss
Oh ye! Sekiranya anda berminat mendapatkan rawatan di Dhiya Ammani Spa, anda klik je link kat bawah ni untuk direct terus ke WhatsApp kami tanpa perlu save nombor

Comments
Post a Comment