Alopecia ?? Apa tu ??

ALOPECIA?? APA TU?? PERNAH DENGAR, TAPI TAK PERNAH TAHU !! JOM BACA SEKEJAP..
================================
Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira wanita atau lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal. Sekiranya rambut anda gugur melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut seperti pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi. Orang yang mengalami keguguran rambut sering mengalami gangguan emosi yang membimbangkan dan akhirnya membelanjakan banyak duit untuk mencari rawatan sesuai.
Kita mempunyai lebih kurang 100,000 helai rambut yang mempunyai kitaran hidup selama tiga tahun sebelum rambut baru mengambil tempat. Terdapat tiga fasa pertumbuhan, anogen atau fasa pertumbuhan, catogen atau proses keguguran rambut dan telogen, fasa berehat sebelum rambut mulai tumbuh lagi.

Beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut termasuk:

  • Tekanan

Tekanan fizikal yang serius seperti pembedahan atau tekanan psikologi yang teruk seperti kematian dalam keluarga boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berada dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada telogen effluvium yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.

  • Androgenetik alopecia
Walaupun ada banyak sebab berbeza tentang keguguran rambut tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia. Keadaan merujuk kepada kepala botak berbentuk M bagi lelaki. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100 peratus. Pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.

  • Telogen effluvium
Rambut keluar daripada akar dan mempunyai mentol kecil di hujung. Pesakit tiba-tiba boleh memerhati jumlah rambut yang banyak di bilik air. Sewaktu mengandung, kitaran fasa pertumbuhan dikekalkan dan beberapa rambut sahaja yang gugur. Jenis keguguran rambut ini lebih kerap berlaku selepas kehamilan. Keguguran rambut seperti ini juga telah dikenal pasti antara golongan wanita yang tiba-tiba menghentikan pengunaan pil perancang keluarga. Demam tinggi yang berpanjangan juga boleh mengakibatkan keguguran rambut. Demam kronik ini menyebabkan kerosakan pada folikel rambut. Dalam kebanyakan kes, pemulihan sepenuhnya dijangka mengambil masa enam hingga sembilan bulan.

  • Alopecia areata
Jika anda mempunyai diabetes atau artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang wujud. Keadaan ini berlaku apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) dan telogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu). Alopecia areata boleh berlaku dalam kalangan kanak- kanak dan orang dewasa.

  • Jangkitan kuman
Keadaan ini sebenarnya jarang berlaku dan boleh berlaku serentak dengan penyakit auto imun seperti SLE (systemic lupus eythematosus), lichen planus dan follicuilitis decalvans yang merupakan jangkitan bakteria pada folikel rambut. Folikel rambut dimusnahkan dan peluang pertumbuhan rambut rendah.
Jangkitan yang biasa berlaku dan memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut ialah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tineacapitis wujud disebabkan kulat dipanggil dermatophytes yang hidup dalam keadaan panas, lembap dan biasanya muncul di tempat kotor.
Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat atau kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.

  • Trichotillomania
Trichotillomania ialah nama yang diberikan kepada tabiat mencabut atau menarik rambut daripada kepala atau bahagian badan lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau sebagai gangguan obsesi kompulsif, hasil akhir menunjukkan keadaan yang sama. Lama-kelamaan, banyak kawasan menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula tetapi dengan keadaan trichotillomania yang berlebihan dan tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala. Ini akan membawa kepada kehilangan rambut kekal.

  • Kurang zat/vitamin
Kekurangan zat makanan, kecacatan genetik atau biologi dan kurang mengambil nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut ialah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi atau anemia. Ini merupakan satu keadaan yang menyebabkan badan tidak mempunyai cukup sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain seperti vitamin B (khususnya B12) juga dianggap penyumbang kepada keguguran rambut.

  • Kemoterapi
Sel-sel kanser biasanya berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat seperti folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser yang mengatakan keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi tidak tepat, kehilangan rambut sebenarnya boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
Masalah keguguran rambut memerlukan evaluasi yang terperinci. Kebanyakan masalah keguguran rambut boleh dirawat kalau faktor yang menyebabkan keguguran rambut dikenal pasti.
Kredit: Utusan Online

Sudah tentu di Dhiya Ammani Spa, dan kami menawarkan Miracle Henna Hair Treatment untuk pelanggan yang ada masalah keguguran rambut yang kronik. Rawatan ini menggunakan 100% inai asli, mampu merawat masalah rambut gugur dan kelumumur yang kronik. Mengandungi 9 langkah rawatan yang lengkap dan menggunakan 100% bahan semulajadi. Anda boleh datang semula ke spa untuk scanning kulit kepala secara PERCUMA, selepas 7 hari.

Sekiranya anda berminat mendapatkan rawatan di Dhiya Ammani Spa, anda klik je link kat bawah ni untuk direct terus ke WhatsApp kami tanpa perlu save nombor


HOMECARE SET

Image may contain: one or more people, text and closeup

Comments

Popular posts from this blog

Miracle Henna Hair Mask

DOA PENYERI WAJAH

Miracle Henna Hair Treatment